Monday, 3 March 2014

umpan dedak .

lokasi pertama aku mencuba dedak
-tasik melati, perlis.
-hasilnya . talapia, lampam, ikan putih, merah pipi dan bandaran aka bandaraya aka dbkl.
ni antara port favret la kalau aku dh taktau nak mancing mana. Sambil mancing, smbil cuci mata. Haha. Even org tempatan cakap tasik ni tak banyak ikan. Aku rasa banyak. Cuma ada port dan umpan yang dipakai. Aku pernah tgk ada pakcik ni daratkan patin kt situ. Waktu pagi. Selain tu, spesis lain yang ada. PB, toman, haruan, keli. Waktu ikan frenzy, pagi dan lewat petang.

lokasi kedua
-tasik uitm *rahsia
-hasilnya. Keli, selat, keli kampung*tah la keli apa, tp badan ada corak bintik2, n ekor dia bersambung dengan sirip. Kura2 dan haruan.
Betul tak tipu, haruan makan dedak. Bkn sekali, banyak kali dia sentap. Cuma 2 ekor sempat naik. Agaknya lapar sangat la kot.

lokasi ketiga
-tasik darulaman jitra, kedah.
-hasilnya. Lampam, talapia.
*3 kali trip pegi mancing. Trip kedua, terlepas rohu akibat sentap terlalu kuat. Excited weh. Tapi bukti menunjukkan rohu, sbb sisik dia ada kt salah satu mata bom tu. Trip ketiga n aku sorg2 dkat situ je, sbb mlm tu hujan. Rod kena seret, melompat aku capai rod. Drag habis ketat pun kne tarik lagi. 2 minit je main, pin perambut patah. Disyaki rohu. *pengalaman yg aku xkn lupa, sbb haritu birthday aku. Haha. Aku sambut birthday dgn ikan.

lokasi keempat
-kolam agrofarah, jitra, kedah.
-hasilnya, patin.
*aku target rohu dgn pacu. Lain yg makan.

lokasi kelima
-kolam abe, batu pahat, perlis.
-hasilnya, rohu.
*umpan last minute buat.

okay, ni cara aku bancuh dedak dan buat ibu umpan. *aku tak pandai guna roti sebenarnya.

Dedak 929, dedak strawberry, dedak omega
*semua ni aku beli kt kedai tce tackles. Dedak strawberry yang pek biru. Dedak lain tu pek hijau.

Ibu umpan - tempe fresh dari pasar tani, santan dr kelapa cambah(yg naik pokok dah), biskut merry/kuih samprit. *aku pakai kuih samprit, stok hari raya haritu x habis. Serius ok. Tepung jagung, ubi kentang, *optional, korg boleh tambah mcm2 lagi, kreatif la sikit. Kalau kena, mmg power. Lepas tu blend semuanya. Santan biar pekat takpe, jgn cair sgt. Lepas dah siap, masuk dlm botol. Jemur tgh panas. 3 hari pun dah okay. Hati2 buka penutup botol, takut kena tembak kat muka.

Bila nak pergi mancing, dedak tu semua campur dan gaul. Masuk ibu umpan secukup rasa. Jgn byk, hilang bau dedak. Tambah air sikit. Gaul sampai agak2 boleh kepal kt mata kail. *baik pakai sarung tangan. Bau dia ssh nk hilang.

mancing kolam .

Mancing sungai, parit, tepi laut, tgh laut semua dah. Skrg mancing kolam. *hantu sekor ni la ajak. Masa kt kolam tu, ada seorg otai ikut kami sekali. Dia la driver, dia la tukang bancuh umpam. Haha. Masa tu baru aku kenal, dedak, mata bom, perambut v. Hahaha. Okay la, otai tu sebatang joran, aku dgn hantu sekor tu share joran. Hahaha. Okay, hasil cuma pacu, rohu patin. Smua saiz stendet kolam je. Yg rare skit, si otai ni dapat lampam 2 kg. Haha. Aku pun x pernah tengok besar tu. So, dr haritu. Aku mula belajar buat ibu umpan sendiri, utk digaul dgn dedak dan roti. Dengan seciput ilmu, aku buat sendiri ibu umpan. (mcm pes la) gaul dgn dedak. Dan pergi menyerang kawasan yang dikenal pasti ada spesis ikan yang suka dedak. Next topik aku cita kt mana n dedak yang mcm mana.

joran keempat .

Dekat setahun berkecimpung dgn aktiviti mancing ni. Aku mula upgrade lagi rod. *ni semua sbb hantu2 ajak pergi mancing kt laut. Haha. Joran lemax grandmaster 7' kaki pair dengan reel shimano solstance 4000. Masa ni aku baru pandai cari rod dan reel. Hehe. Tak lupa tambah koleksi gewang rapala 4 jenis. Haha. Mana mampu nk beli byk2 dan mahal2. Gua student je kot. Rod utk jigging dan reel 6000+, masih lagi dlm wish list. *kumpul duit -.-

aku tak suka casting .

Casting, istilah yang aku dengar masa mancing. Menggunakan gewang ataupun katak, lepas tu dilontar dan dikarau dgn teknik2 tertentuuuu~ . Haha. Dua joran aku tu, berat. Tak sedap nak casting. Sebelah utara ni byk bendang, byk jugak la haruan. Haha. So, aku dah jemu membottom. Nak try pulak casting, rod baru aku beli. Lemax ninja. Sedap pakai, pair dengan ajiking gold 4000. Habis fulus. Hahahaha. *aku pun nk maju jgk. Aku belajar casting ni dgn kwn sekampus aku, dia mmg pakar lah casting. So, dia byk tahu port2 ruan kt area perlis ni. Tempat yang kami pergi, sebelah highway arau-kuala perlis. Byk tali air kt situ. So, kami mencuba nasib. Aku tak pandai nak casting, dgn bakat terpendam yang ada. Aku buat la teknik mcm stop n jerk tu dan berjaya mendaratkan seekor ruan. Ruan pertama dgn mancing cara casting. Haha. *lenguh tangan. Tapi hantu casting mana tah merasuk aku, 2 minggu sekali mesti aku turun casting sesorg. Boleh la 3,4 ekor sekali turun. Tp tak lama. Musim hujan pulak. Aku pergi casting, nah. Ikan temekung sambar. Mati2 aku igt ruan. 2 hari aku cuba, mmg temekung je naik. Ruan hilang tah mana. Fedup aku casting. Terus kembali ke membottom. Haha

joran baru

Disebabkan minat memancing semakin menjadi jadi. Aku beli rod baru, aku suka kaler dia je, kaler hijau transparent haa. Haha. Rm70. Reel murah x sampai 30 kot. *lupa dah aku. Panjang rod 5'7 je. Comel je tengok. Mula la aku beli box utk letak barang2 mancing. Mata kail mcm2 saiz, ladung, pelampung, pin. Complete la. Haha. Hari demi hari, aku belajar mancing kat sungai lepastu dah mula main tepi laut. Rod pun aku tambah lagi. Tp murah jela. 30 hingget je, 7 kaki pair dengan reel murah. Dua rod ni aku bwk pergi mancing sekitar arau. Kadang2 kalau hari cuti, aku balik kampung bawak 2 rod ni. Byk jasa diorang. Keli, haruan, semilang, gelama, belukang dgn 2 rod lah. Merata tempat aku bawak.

ini baru ikan haa.

Dengan sedikit knowledge yang aku dpt dr pakcik google. Aku mula pakai umpan lain, cengkerik dan ulat roti. Huahua. *dengan harapan, temekung tak makan kot. Kali ni port yang hampir dgn tempat ikan temekung tu. Cuma jauh 100m sikit. Haha. Bermula dengan cengkerik, tiada ragutan. Aku tukar ulat roti, akhirnya setelah sejam lebih mnunggu, seekor ikan bersisik comel2 tersangkut mata kail dibibirnya. Haha. Aku kenal ikan tu, cik lampam. Haha. Hasil untuk haritu, seekor lampam tu je. Balik, jadi ikan bakar. Hahaha. Next day, aku pergi lagi mancing. Umpan yang sama. Tp malang yang menimpa, mata kail tersangkut kat dasar. Patah joran tu kena sentap ngn aku. Hahaha.

aku dapat lesen memancing.

Selepas tiada hasil, aku mula explore sungai2 berdekatan arau ni. Lokasi pertama : sungai jalan tambung tulang. (org perlis tahu la kan) . Berbekalkan cacing korek fresh dari rumah sewa, cari tempat yang sesuai, ada 1 pintu air yg menjadi pilihan aku nak memancing. Umpan dilontar, tak sampai 5 minit. Joran bergetar. Ikan pertama didaratkan. Gila happy + excited kau. Hahah. Pasang umpan, lontar lagi. Tak sampai 5 minit. Naik lagi. Berterusan sampai berbelas ekor. Aku berhenti mancing, balik rumah bawak semua ikan tu. *nak tunjuk kat housemate aku dapat ikan. Bangga haa. Haha. Dah tunjuk apa semua, aku tak kenal pun itu ikan apa. Aku pun mula google, terjumpa pun nama ikan tu. IKAN TEMEKUNG. Rupa nk mcm patin, tp kecik je. Tak sampai sejengkal pun panjang. Bunyi nyet nyet. Haha. Aku baru teringat, mak aku penah cita, ada 1 ikan yang suka makan tai* kat sungai. Zaman dulu2, toilet org kampung mana ada flush, segala sisa masuk sungai. Ikan yang yang makan tai* tu, ikan temekung lah. Terus aku buang semua ikan tu. Keciwaa. Haha. Lesen pertamaku, ikan taikkkk.

permulaan kisah .

Bermula pertengahan tahun 2012. Dengan jayanya bermula karier aku sebagai pemancing. Bermula disebuah negeri iaitu Perlis. Tempat aku merantau menyambung pengajian. *ayat skema ya amat. Hahah. Kebosanan di petang hari, mencetuskan ilham aku. Rumah sewa aku masa tu ada pokok buluh, aku amek sebatang buluh, beli mata kail, tali pancing. Tangkap belalang kat depan rumah, pergi mancing dekat anak sungai terdekat. Tangan kosong, pengetahuan mancing pun kosong. Kosong kosong kosong hari pertama mancing. Haha. Malam tu aku buka google, belajar ikat mata kail. Seminggu lepas tu aku beli 1 set mancing. Tak sampai 30 hinggit pun. Aku pergi cuba nasib dekat tempat sama berbekalkan umpan cacing korek. Haha. Kosong lagi. Bersambung..