Monday, 3 March 2014
aku dapat lesen memancing.
Selepas tiada hasil, aku mula explore sungai2 berdekatan arau ni. Lokasi pertama : sungai jalan tambung tulang. (org perlis tahu la kan) . Berbekalkan cacing korek fresh dari rumah sewa, cari tempat yang sesuai, ada 1 pintu air yg menjadi pilihan aku nak memancing. Umpan dilontar, tak sampai 5 minit. Joran bergetar. Ikan pertama didaratkan. Gila happy + excited kau. Hahah. Pasang umpan, lontar lagi. Tak sampai 5 minit. Naik lagi. Berterusan sampai berbelas ekor. Aku berhenti mancing, balik rumah bawak semua ikan tu. *nak tunjuk kat housemate aku dapat ikan. Bangga haa. Haha. Dah tunjuk apa semua, aku tak kenal pun itu ikan apa. Aku pun mula google, terjumpa pun nama ikan tu. IKAN TEMEKUNG. Rupa nk mcm patin, tp kecik je. Tak sampai sejengkal pun panjang. Bunyi nyet nyet. Haha. Aku baru teringat, mak aku penah cita, ada 1 ikan yang suka makan tai* kat sungai. Zaman dulu2, toilet org kampung mana ada flush, segala sisa masuk sungai. Ikan yang yang makan tai* tu, ikan temekung lah. Terus aku buang semua ikan tu. Keciwaa. Haha. Lesen pertamaku, ikan taikkkk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment